Leetuk, menerusi akaun Twitternya memberitahu sedang mengumpul beberapa bahan bukti tentang perkara tersebut untuk dibawa ke muka pengadilan.
"Saya sedang mengumpul data dan semua maklumat yang tidak benar yang ditulis dilaman sosial tentang diri saya dan keluarga," tulisnya.
Malah Leeteuk turut meminta kerjasama peminatnya untuk membantu mengumpul maklumat tersebut dan menyertakan e-mel peribadi kepada umum.
Leeteuk dilihat mengambil serius hal berkaitan privasi keluarga daripada cercaan pengguna laman sosial yang tidak bertanggungjawab.