Penerbit Ekskutifnya, Park Yeong Seok memberitahu pihaknya sedang membuat perancangan selain mengumpul semua krew produksi asal drama bersiri itu yang pernah ditayangkan pada 2002.
"Skrip asal ditulis oleh Yoon Seun Gyeong dan Kim Eun Hee, saya mahu mereka menulis untuk sekual ini termasuk pengarahnya, Yoon Seok Ho.
"Saya sudah merancang untuk menghasilkan sekual drama itu sejak sekian lama dan selepas 10 tahun ia adalah masa paling sesuai," katanya.
Yeong Seok turut memberitahu sinopsis drama itu dijangka akan dedahkan kepada umum selewat-lewatnya bulan hadapan.