Soompi melaporkan, Lee membuka akaun tersebut untuk memudahkan para peminatnya supaya tidak tersalah mengikut akaun palsu tersebut dan mengakui dia cuma mempunyai satu akaun Instagram sahaja.
"Saya juga telah membuka akaun Instagram sendiri disebabkan terdapat banyak akaun palsu. Akulah Lee Min Ho. Jangan menyamar sebagai saya," kata Lee menerusi sebuah kapsyen pada gambar di Instagramnya.
Kehadiran Lee di Instagram telah lama dinantikan oleh peminatnya dan ini jelas terbukti apabila dia sudah mempunyai 300 ribu orang pengikut dalam masa dua hari.
Bagaimanapun, Lee Min Ho dilihat tidak mempunyai banyak masa untuk mengemaskini akaun tersebut kerana sehingga kini dia hanya memuat naik dua keping gambar sahaja.