SEPERTI semua sedia maklum, keluarga Kim Kardashian dan Kanye West mempunyai kehidupan yang cukup mewah.
Malah kemewahan mereka mendapat perhatian dunia berada di senarai keluarga terkaya berdasarkan kajian di beberapa majalah popular.
Bagaimanapun, kemunculan Kim dan Kanye yang mahu ke Armania menaiki pesawat kelas ekonomi menimbulkan rasa pelik orang di sekeliling mereka.
Lebih-lebih lagi melihatkan Kanye yang nampak seperti tidak selesa apabila duduk di kerusi kelas berkenaan.
Persoalan timbul mengapakah pasangan itu tidak menggunakan perkhidmatan kelas pertama memandangkan mereka mampu membayarnya?