Sumber memberitahu, perkara tersebut dilakukan selepas rumah tangga mereka dilaporkan bermasalah akibat orang ketiga.
"Beyonce ketika ini mengupah seorang detaktif bagi mengawasi Jay Z dan melaporkan apa yang dilihat kepada wanita itu," ujar sumber seperti dipetik Mirror.
Beyonce bertindak demikian apabila mereka berduaa sibuk dengan pekerjaan masing-masing dan sukar berjumpa.
"Jaz sering pergi jauh dan perkara tersebut sering menjadi kebimbangan wanita itu. Oleh itu, dia mengupah mata-mata untuk awasi gerak-geri suaminya supaya hidupnya tenang," ujar sumber berkenaan.