PENYANYI Jessie J membuat tindakan 'unfollow' semua kenalannya di Twitter secara mengejut pada Rabu. Dia melakukan perkara tersebut menerusi semua akaun sosial media peribadi miliknya. Jessie yang mempunyai pengikut sebanyak 7 juta di laman sosial Twitter menjadi viral dan sebutan ramai pihak kerana tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut. Perkara ini disedari peminat setelah akaun twitter miliknya menunjukkan "@Jessie J belum lagi mengikuti sesiapa". Selepas tindakan tersebut, dia mengeluarkan status di Twitter "Jangan memaksa untuk saya melakukan perkara yang tidak suka". Ramai peminat melahirkan rasa kecewa di Twitter dan menganggap tindakan Jessie sangat kejam dan mementingkan diri sendiri.