suria

Kos Muzik Video Big Bang RM1.5 Juta

KOS perbelanjaan muzik video terbaharu kumpulan popular Big Bang berjudul Bae Bae dan Loser yangdikeluarkan pada Jumaat bernilai RM1.5 juta.

Perkara tersebut didedahkan oleh CEO YG Entertainment, Yang Hyun Suk dalam sidang media yang diadakan.

Selain itu, beliau juga memaklumkan Big Bang kini lebih berani tampil dengan penampilan seiring dengan usia mereka.

"Semua ahli Big Bang sudah mencapai umur 20-an dan mereka sanggup melakukan apa saja perkara kerana sudah bebas dan cukup umur. 

"Jadi muzik video ini diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas kerana terdapat aksi-aksi yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak," katanya. 

Syarikat tersebut sering membelanjakan modal yang besar dalam penghasilan muzik video bagi menampilkan hasil yang luar biasa.

Big Bang

Artikel Berikut

Artikel Lain