suria

Ladies Code Masih Trauma Kematian Dua Ahli

Kumpulan Ladies Code masih belum bersedia untuk kembali menyanyi selepas kehilangan dua anggota akibat kemalangan jalan raya tahun lalu.
KUMPULAN Ladies Code masih belum bersedia untuk kembali merancakkan industri muzik selepas kejadian kemalangan yang mengakibatkan dua daripada anggota kumpulan itu maut tahun lalu.

Soompi melaporkan, Ladies Code masih dalam keadaan trauma untuk mengadakan kemunculan semula walaupun kini mereka sedang giat melakukan latihan vokal.

"Masih belum ada sebarang keputusan sama ada Ladies Code akan membuat kemunculan semula pada tahun ini atau pun tidak," kata wakil pengurusan kumpulan itu, Polaris Entertainment.

Ladies Code kini dianggotai oleh tiga ahli iaitu Sojung, Ashley, dan Zuny.

Terdahulu, dua anggota kumpulan itu iaitu Rise dan EunB meninggal dunia dalam satu kemalangan manakala tiga ahli lain mengalami kecederaan pada bulan September tahun lalu.
Ladies Code.

Artikel Lain