PENYANYI Taylor Swift dilaporkan menjadi penyebab dua penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun tergendala baru-baru ini. Daily Mail melaporkan keadaan trafik di lapangan terbang tersebut menjadi sesak sehingga tidak terkawal selepas dipenuhi peminat yang menunggu ketibaan penyanyi itu. "Keadaan menjadi begitu kecoh dengan kehadiran peminat Taylor memenuhi semua ruang sehingga menyukarkan penumpang yang ingin mengejar penerbangan mereka. "Keadaan itu telah memaksa pihak pengurusan menunda jadual penerbangan bagi menunggu penumpang," kata salah seorang petugas di lapangan terbang tersebut. Taylor berada di Tokyo bagi mengadakan konsert jelajah iaitu 1989 World Tour sebelum berkunjung ke beberapa negara Asia lain.