suria

Salman Khan Dipenjara Lima Tahun Akibat Langgar Lari

AKTOR Bollywood Salman Khan dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan langgar lari beberapa gelandangan di Mumbai pada tahun 2002.

Menurut laporan portal BBC, keputusan itu dibacakan oleh hakim mahkamah, DW Deshpande.

"Kamu memandu kereta di bawah pengaruh alkohol," kata hakim tersebut.

Berita di beberapa saluran televisyen India turut melaporkan aktor tersebut menitiskan air mata selepas keputusan mahkamah dibacakan.

Sementara itu, beberapa rakan artisnya turut meluahkan rasa sedih selain memberikan sokongan dan menunjukkan simpati.

Aktres Hema Malini turut berdoa dan berharap agar hukumannya dapat diringankan.

Aktor yang pernah popular menerusi filem Dabangg, Ready, Bodyguard, Ek Tha Tiger, Maine Pyar Kiya dan Hum Aap Ke Hain Kaun, dituduh memandu kenderaan Toyota Land Cruiser dalam keadaan mabuk pada tahun berkenaan.

Akibat kejadian itu, seorang daripada gelandangan tersebut mati manakala empat orang lagi mengalami cedera ringan.

Salman Khan

Artikel Lain