PENYANYI dengan imej pelik, Lady Gaga bakal menukar namanya selepas berkahwin dengan aktor Taylor Kinney kelak. E! Online melaporkan Gaga akan menggunakan Kinney sebagai nama akhirnya ketika salah seorang paparazzi bertanya hal berkenaan kepadanya baru-baru ini. Bagaimanapun sumber memberitahu pasangan itu masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta, 29, sebelum ini mendedahkan sudah bertunang dengan Taylor pada hari kekasih 14 Februari lalu.