PELAKON dan penyanyi, No Min Woo mendedahkan punca utama dia memfailkan saman terhadap bekas agensinya, SM Entertainment disebabkan syarikat tersebut gagal menguruskan kerjayanya. Menurut laporan Soompi, wakil kepada pelakon ini berkata, selepas SM Entertainment menawarkan kontrak kepada No Min Woo, mereka mengabaikan kerjaya pelakon tersebut dan tidak menjalankan tugas dengan betul. "Sebaik saja No Min Woo memasuki sekolah tahun kedua, SM Entertainment memaksa dia tandatangani kontrak namun mereka tidak memainkan peranan untuk menguruskan kerjayanya. "Apabila dia mempersoalkan mengapa mereka tidak menjalankan tugas dengan betul, SM Entertainment terus mengabaikannya sehingga semua kerjayanya diuruskan oleh ibunya sendiri," kata jurucakap No Min Woo. Terdahulu, media Korea kecoh apabila berita No Min Woo mahu menyaman SM Entertainment tersebar luas tanpa mengetahui alasan yang kukuh.