AHLI kumpulan EXO iaitu Tao dikatakan telah menjual kereta mewah miliknya untuk kembali menetap di negara asalnya, China. Soompi melaporkan, sebuah laman web penjualan kereta memuat naik gambar kenderaan berkenaan dengan kapsyen mengatakan ia merupakan milik seorang selebriti terkenal. "Kereta tersebut merupakan milik seorang selebriti terkenal dan ia berwarna putih seperti kereta baharu," kata sumber. Berita tentang penjualan kereta tersebut menguatkan lagi khabar angin mengatakan Tao akan meninggalkan EXO dan ingin memulakan karier di China. Terdahalu, Tao dikatakan memadam nama EXO dalam media sosialnya namun sehingga kini pihak pengurusannya tidak memaklumkan status sebenar Tao di dalam kumpulan tersebut.