BERITA mengenai perpisahan antara Emma Stone dan Andrew Garfield sudah pun diketahui ramai. Dan difahamkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah buat sementara waktu kerana sibuk dengan urusan masing-masing. Bagaimanapun menurut laporan E! Online, mereka memutuskan untuk kembali menjalinkan hubungan cinta semula selepas perpisahan itu. "Mereka dilihat begitu mesra sambil berpegangan tangan ketika menghabiskan masa bersama di sebuah pusat peraginan di Malibu," kata sumber. Terdahulu, Andrew dan Emma dikatakan sudah tidak pernah berjumpa sejak bulan Januari lalu. Namun media melaporkan sehingga kini pasangan tersebut masih belum tampil untuk membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan cinta mereka. <