suria

'Hangover' Nyanyian Psy Ditonton 200 Juta Orang

Psy
PENYANYI Psy meraikan pencapaian luar baisanya bersama syarikat pengurusan YG Entertainment dengan memuat naik gambar kartun dia bersama penyanyi Snoop Dogg.

Gambar berkenaan dimuat naik di beberapa rangkaian media sosial seperti Twitter, Facebook dan Weibo sempena kejayaan muzik video Hangover yang berjaya mencecah 200 juta tontonan di YouTube.



Penyanyi itu mencipta banyak kejayaan selepas muzik video Gangnam Style yang dilancarkan berjaya menjadi fenomena seluruh dunia.

Muzik video itu mencatatkan jumlah tontonan di YouTube sebanyak 2.3 bilion.

Single lagu dia berikutnya yang dihasilkan iaitu Gentleman pula berjaya mencecah 838 jumlah tontonan.

Sementara itu terbaru lagu Hangover

yang dilancarkan pada tahun lalu sudah ditonton kira-kira 200 juta orang, tidak sampai setahun. - AllKpop

Psy

Artikel Lain