suria

Big Bang Dalam Pengaruh Alkohol Rakam Lagu Baharu

Big Bang merakamkan dua single terbaharu mereka dengan pengaruh alkohol.

AHLI kumpulan Big Bang, G-Dragon mendedahkan mereka berada dalam pengaruh alkohol sewaktu merakamkan dua single terbaharu mereka berjudul, Bae Bae dan Loser.

Menurut laporan Koreaboo, pendedahan itu dibuat ketika penyanyi itu membuat kemunculan dalam program Happy Together pada khamis lalu.

G-Dragon berkata, sewaktu rakaman mereka berasa lebih gembira bekerja sambil mengambil minuman keras.

"Waktu itu sangat menyeronokkan dan rasa lebih teruja serta dapat menghayati lagu dengan berkesan," katanya.

Apabila pengacara menyoal siapakah yang paling banyak mengambil minuman beralkohol, semua ahli menunjukkan ke arah T.O.P.

Namun T.O.P. menafikan perkara tersebut dan berkata Taeyang mengambil minuman keras yang lebih ketika itu.


Big Bang, G-Dragon.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain