MUZIK video kumpulan 4minute mencecah tontonan sebanyak 20 juta menerusi single terbaru mereka Crazy. Video yang dimuat naik di laman sesawang YouTube pada tiga bulan lalu itu menerima komen positif dan diminati ramai. Single Crazy tersebut antara salah satu kejayaan 4minute dalam industri muzik Korea Selatan setakat ini. Menurut laporan allkpop, lagu tersebut merupakan lagu ke empat mereka yang mencecah 20 juta tontonan di YouTube. Tiga lagu lain yang berjaya mencapai tontonan yang tinggi ialah Volume Up, What's Your Name? dan I My Me Mine