PENYANYI Cher terpilih sebagai wajah baharu bagi mempromosikan rangkaian eksklusif jenama terkenal Marc Jacob. Daily Mail melaporkan, berita pelantikan Cher, 71, itu dibuat menerusi akaun Instagram rasmi Marc Jacob pada Khamis lalu dan penyanyi itu bakal muncul dengan koleksi musim luruh/sejuk 2015. Ini bukan kali pertama jenama terkenal itu melantik model veteran untuk kempen mereka dan menganggap pemilihan Cher sebagai tepat. Selebriti lain yang pernah menjadi wajah Marc Jacob termasuk Miley Cirus dan Victoria Beckham.