Menurut laporan Soompi, salah seorang anggota Exo, Tao tidak kelihatan didalam poster terbaharu kumpulan tersebut dan dipercayai telah digugurkan.
"Gambar didalam poster album cuma mempunyai sembilan anggota kumpulan Exo, mereka semua menggunakan pakaian seragam American Football," kata sumber.
Tao juga dikatakan memadam nama Exo dalam media sosialnya namun sehingga kini pihak pengurusannya tidak memaklumkan status sebenar Tao di dalam kumpulan tersebut.