suria

Amitabh Bachchan Sedia Beri Kerjasama Kes Mi Segara Beracun

Amitabh didakwa sebagai punca lelaki makan mee segera beracun.
SEBAGAI seorang duta kepada mi segera yang dikatakan beracun sehingga seorang pelanggan jatuh sakit, pelakon veteran Amitabh Bachchan sedia memberi kerjasama sepanjang proses pengadilan dijalankan di mahkamah berhubung kes itu.

Amitabh berkata, dia akan berbincang dengan peguamnya jika dimaklumkan tentang perkara tersebut.

"Saya sudah menjadi duta iklan untuk produk itu selama dua tahun. Tentang laporan keracunan itu setakat ini saya belum terima sebarang surat daripada pihak mahkamah.

"Kalau benar ia terjadi, saya akan berbincang dengan peguam dan sedia beri kerjasama sepenuhnya dalam proses undang-undang itu," katanya.

Beliau turut kelihatan tenang menjawab perkara berkaitan kes tersebut.

Terdahulu, seorang lelaki membuat laporan polis terhadap syarikat m segera selepas menikmati hidangan mi tersebut.

Lelaki tersebut turut membuat laporan polis terhadap tiga dutanya iaitu Amitabh Bachcan, Madhuri Dixit dan Preity Zinta yang dikatakan sebagai punca dia terpengaruh memakan mi itu.

Daripada siasatan dilakukan polis turut mendapati bahan pengawet Mono Sodium Glutamat (MSG) dalam jumlah yang membahayakan kesihatan dalam mi segera tersebut yang mengheret nama-nama pelakon tersohor sebagai dutanya.
Amitabh Bachchan

Artikel Lain