PENYANYI Chris Brown dituduh melakukan kekasaran terhadap seorang anak kapal di dalam sebuah jet peribadi. Menurut laporan Mirror, Chris dikatakan telah menghembus asap ganja ke arah muka anak kapal kerana marah apabila dia tidak dibenarkan merokok. Salah seorang saksi pada kejadian itu memaklumkan Chris berdegil dan tidak mahu mengikut arahan tersebut. Dia menghebuskan asap ke arah muka anak kapal dan berkata; “Saya bayar $60,000 (RM221.53) untuk jet ini jadi saya ada hak untuk buat apa sahaja.” Namun wakil Chris menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa cerita yang tersebar tersebut adalah tidak benar. "Cerita itu palsu kerana Chris menghisap rokok di dalam pesawat sebelum ia berlepas bersama rakan-rakannya. "Mereka kemudian berhenti merokok selepas juruterbang memberi nasihat supaya tidak merokok di dalam pesawat itu," katanya.