suria

Fauzi Baadila Belum Sedia Tamat Zaman Duda

Fauzi bercerai dengan bekas isterinya seorang warganegara Uzbekistan lima tahun lalu.

AKTOR terkenal Indonesia, Fauzi Baadila masih belum terbuka hati untuk menamatkan zaman dudanya selepas bercerai dengan model berasal dari Uzbekistan iaitu Senk Lotta lima tahun lalu.

Bercakap kepada portal Kapan Lagi, Fauzi, 35, berkata, dia tidak mahu terlalu berfikir soal perkahwinan buat masa ini kerana lebih selesa dengan kehidupan solo dan memberi fokus kepada karier lakonannya.

"Ramai yang bertanya bila hendak berkahwin lagi kerana usia pun bukan semakin muda tetapi saya belum bersedia ke arah itu lagi buat masa ini.

"Malah saya tidak ada masalah dengan status duda dan selesa dengan kehidupan solo," katanya.

Bagaimanapun bintang filem Sebelum Pagi Terulang Kembali itu tidak menafikan ada berkawan rapat dengan beberapa wanita namun hubungan tersebut sekadar teman biasa.

Pelakon itu bakal muncul dengan filem terbaharunya berjudul Dreams di Indonesia.

Fauzi Baadila.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan