JUARA program Superstar K6, Kim Feel memberitahu album sulungnya berjudul Feel Free adalah seperti sebuah diari yang menceritakan tentang kehidupan peribadinya. Herald Korea melaporkan, Kim menulis dan mencipta kesemua lagu dalam album berkenaan dan menyifatkan proses rakaman album tersebut sebagai pengalaman paling berharga. "Saya tidak mahu menghasilkan sebuah album yang tidak mempunyai jiwa dan sebab itu saya menghasilkan semua lirik dan lagu album berkenaan ia dapat dikongsi pengalaman peribadi dengan peminat," katanya. Dalam pada itu, Kim berkata, sebelum proses rakaman bermula, dia bersama penerbit lain album berkenaan bercuti di sebuah kawasan pergunungan untuk berehat dan mendapat idea untuk album tersebut.