PENYANYI Taylor Swift mengakui tidak pernah menyesal mengambil keputusan untuk menjadi seorang selebriti terkenal pada usia muda. Daily Mail melaporkan Swift berasa selesa dengan keputusan diambil meskipun kehidupannya amat berbeza seperti remaja-remaja yang lain. "Saya tidak akan menyesali dengan keputusan yang diambil kerana ia merupakan cita-cita sejak kecil lagi bahkan pada masa hadapan saya perlu berusaha untuk lebih berjaya daripada sekarang," kata Swift menerusi sebuah wawancara majalah Elle. Menurut seorang sumber sikap Swift yang peramah membuatkan ramai peminatnya amat selesa dan sentiasa menyokong karyanya sejak dahulu lagi. Hal ini menyebabkan Cornetto ingin sekali lagi bekerjasama dengan Swift untuk mengadakan konsert jelajah Taylor Swift 1989 di Los Angeles.