PENYANYI rap Kanye West melabelkan kehidupannya selepas berkahwin dengan Kim Kardashian sebagai membosankan. Kanye berkata, sejak kelahiran anak mereka, North West yang kini berusia 20 bulan masanya banyak dihabiskan bersama kanak-kanak itu. "Saya menjadi seorang yang membosankan. Saya tidak lagi berkunjung ke kelab dan masa lebih kepada anak dan keluarga. "Setiap hari rutin saya akan membawa North ke kelas tarian, berenang selain perkara biasa dilakukan oleh ibu bapa lain," katanya. Bagaimanapun kata Kanye, dia teruja menunggu kelahiran bayi kedua bersama Kim dan berharap ia akan menambah keceraian dalam rumah tangga mereka.