KUMPULAN 2NE1 dikatakan bakal membuat kemunculan semula dengan single terbaharu selepas menyepikan diri daripada bidang nyanyian sejak Oktober tahun lalu. Soompi melaporkan 2NE1 sudah beberapa kali dilaporkan akan membubarkan kumpulan itu disebabkan salah seorang ahlinya kini aktif bergerak secara solo. Namun baru-baru ini menerusi sebuah blog rasmi YG Entertainment mengumumkan bahawa 2NE1 tidak akan dibubarkan. "Kumpulan itu tidak akan dibubarkan meskipun ada diantara ahlinya kini masih aktif bergerak secara solo. "2NE1 akan kembali dengan karya baharu pada tahun ini dan kini mereka sedang dalam proses merakan beberapa single," kata pihak pengurusan YG Entertainment.