Menurut laporan Daily Mail, pasangan tersebut mengambil keputusan untuk berpisah kerana sibuk dengan urusan masing-masing dan mereka sudah tidak mempunyai persefahaman diantara satu sama lain.
"Hubungan yang terjalin sejak tiga tahun lalu telah musnah dan mereka juga dikatakan tidak mampu untuk meneruskan hubungan itu kerana tiada persefahaman," kata sumber.
Emma juga dikatakan tidak lagi memakai cincin tunang di jarinya ketika membuat kemunculan pada sebuah majlis di Los Angeles.
Media melaporkan sehingga kini pasangan tersebut masih belum tampil untuk membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan cinta mereka.