NAMA aktor Korea Cha Seung Won tiba-tiba menjadi bualan ramai gara-gara telah mendapat sepuluh jenis kontrak sebagai model iklan produk dalam masa enam bulan (sejak Januari 2015). Menurut laporan Han Cinema, ini merupakan pencapaian baru kerana berjaya memecah rekod yang selama ini dipegang pelakon-pelakon Kim Soo Hyun, Kim Woo Bin dan Suzy Miss A yang terkenal dengan gelaran 'Raja Iklan TV'. "Seung Won mempunyai pakej menarik sebagai seorang bintang selain merupakan seorang model yang pintar dan memiliki susuk badan sempurna," kata salah seorang pihak yang mengendalikan kerja-kerja produksi pengiklanan. Sejak Seung Won muncul sebagai tetamu undangan Three Meals A Day, aktor tersebut tiba-tiba menjadi perhatian. Sehingga kini Seung Won telah mengikat kontrak dengan beberapa iklan produk telekomunikasi, industri makanan dan percutian.