PASANGAN pelakon terkenal Hollywood Brad Pitt dan Angelina Jolie dilaporkan membeli sebuah pulau di Greece yang bernilai RM175 juta. E! News melaporkan pasangan yang mesra dengan jolokan nama 'Brangelina' itu turut menukar nama asal pulau berkenaan iaitu Sofia kepada Gaia. "Angelina dan Brad jatuh cinta dengan pulau berkenaan malah anak-anak mereka akhirnya dapat bergerak bebas serta tidak perlu lagi mengelak daripada diburu paparazzi," kata sumber terdekat pasangan berkenaan. Tambah sumber itu lagi, Brangelina telah lama menginginkan untuk memiliki sebuah pulau sendiri dan impian mereka itu tercapai.