E! News melaporkan, mereka kini sedang bercinta selepas seringkali menghabiskan waktu berdua ketika makan malam di sebuah restoran.
"Gigi dilihat begitu mesra ketika berada di sisi Joe ketika mereka menikmati makan malam bersama di sebuah restoran terkemuka.
"Mereka juga dilihat begitu sepadan untuk menjadi pasangan kekasih kerana kedua-duanya masih single,” kata sumber.
Namun media melaporkan sehingga kini pasangan tersebut masih belum tampil untuk membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan cinta itu.