Menurut laporan allkpop, agensi Choi Jin Hyuk, Red Brick House memaklumkan bahawa dia cedera di bahagian lutut pada Selasa.
"Sewaktu berada dalam sesi latihan, Choi Jin Hyuk mengalami kecederaan di bahagian lutut.
"Lututnya masih belum sembuh dan bertambah buruk serta menjadi semakin parah," kata agensinya.
Terdahulu, Choi Jin Hyuk menjalani latihan ketenteraan sejak bulan Mac lalu.