PENYANYI dan penulis lirik, Maybee dan pasangannya, aktor Yoong Sang Hyun dilaporkan bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi. Menurut laporan Soompi, syarikat pengurusan Maybee iaitu MGB Entertainment dalam satu kenyataan mengesahkan penyanyi itu kini sedang hamil empat bulan. "Maybee hamil 15 minggu dan bayi yang dikandungkan tersebut bukan anak luar nikah. "Kedua-dua pasangan ini hidup bahagia selepas melangsungkan perkahwinan," kata pengurusnya. Terdahulu, pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 8 Februari lalu selepas berkenalan sejak April 2014.