Korea Herald melaporkan rekod berkenaan tidak pernah dicapai oleh mana-mana artis K-Pop di negara itu dan EXO adalah artis pertama berjaya berbuat demikian.
Album EXODUS dan edisi terhad Love Me Right mencatatkan penjualan membanggakan iaitu sebanyak 1,125,020 juta salinan.
EXO yang dianggotai oleh sembilan ahli sebelum ini pernah mencatat penjualan album melebihi satu juta menerusi album XOXO.