PELAKON Cameron Diaz bakal berehat daripada dunia lakonan selama setahun bagi membolehkan dia mendapatkan cahaya mata bersama suaminya, Benji Madden. Majalah People melaporkan Cameron, 42, juga tidak akan menjawab sebarang panggilan berhubung urusan kerja sepanjang tempoh itu untuk mengelakkan tekanan. "Dia mahu cuba mendapatkan anak dan cara paling terbaik adalah dengan berehat daripada dunia lakonan dan memfokuskan kepada keluarga sahaja. "Cameron juga tidak akan mengambil sebarang tawaran biarpun mendapat kontrak lumayan," kata sumber terdekat pasangan itu. Aktres itu dan Benji, 36, yang juga anggota kumpulan Good Charlotte berkahwin pada Januari lalu.