PENYANYI Rita Ora memberitahu bahawa sama sekali tidak cemburu dengan hubungan percintaan kekasihnya Calvin Harris bersama penyanyi popular Taylor Swift. Rita menerusi Daily Mail berkata, dia turut gembira dan menyokong hubungan bekas kekasihnya itu dan mendoakan kebahagian pasangan itu. "Saya seorang yang menghormati wanita lain dan saya tidak merasa cemburu dengan hubungan mereka sedikit pun. "Hubungan saya dengan Calvin adalah masa lalu kami dan kini saya gembira dengan hubungan barunya," katanya. Rita dan Calvin dilaporkan mengakhiri hubungan mereka pada tahun 2014 dan Calvin pernah melarang wanita itu untuk melancarkan kesemua lagu yang pernah mereka usahakan bersama.