Alasan utama percintaan selama tujuh bulan itu terputus adalah kerana kesibukan kerja masing-masing.
"Memang benar Jung Eun Woo dan Park Han Byul sudah tidak lagi bersama, mereka mengambil keputusan untuk berpisah kerana kedua-duanya sibuk dengan kerjaya.
"Mereka terlalu fokus dengan kerjaya sehingga waktu untuk bersama semakin berkurangan," ujar wakil syarikat pengurusan mereka.
"Selepas bercuti bersama kedua-dua mereka terlalu sibuk dengan kerja dan jarang bertemu, jadi masing-masing mula menjauh dan dingin.
"Namun, mereka masih saling menyokong kerjaya antara satu sama lain walaupun sudah tidak bersama sebagai pasangan kekasih," ujarnya.