Menurut laporan Newkerala, Shah Rukh merupakan antara selebriti Bollywood yang mempunyai pengikut Twitter paling ramai.
"Shah Rukh membuatkan ramai yang kagum dengan bakatnya sejak mencipta nama dalam Bollywood.
"Walaupun dia sudah lama bertapak dalam industri, namun sehingga kini dia masih lagi mempunyai peminat-peminat baru dan ini terbukti berdasarkan jumlah pengikutnya di laman sosial," kata sumber.
Kemudian, Shah Rukh memulakan lakonan filem pertamanya iaitu Dil Aashna Hai, diikuti dengan Deewana, Baazigar dan Dilwale Dulhania Le Jayenge.
Antara filem lain lakonan Shah Rukh termasuklah Dil To Pagal Hai, Kuch Kuch Hota Hai, Mohabbatein, Devdas, Chalte Chalte, Main Hoon Na, Om Shanti Om, dan Jab Tak Hai Jaan.