BEKAS ahli kumpulan EXO, Tao menjadi perhatian apabila mendedahkan kesusahannya sepanjang bersama kumpulan tersebut. Penyanyi berasal dari negara China itu memberitahu selama menetap di Korea Selatan, dia tidak mempunyai ramai rakan. Dia yang ditemuramah ketika melancarkan album solonya berjudul T.A.O di negara asalnya itu memberitahu dia melalui hidup secara bersendirian selama empat tahun di negara itu biarpun memiliki 11 orang rakan dalam kumpulan EXO. "Saya bersendirian selama empat tahun dan tiada seorang pun yang ingin berkawan dengan saya. Apa yang saya lakukan semuanya secara seorang diri," ujarnya. Bagaimanapun, kenyataan tersebut menerima reaksi negatif peminat-peminat kumpulan EXO yang menganggap dia sebagai tidak berterima kasih. Peminat kumpulan EXO menganggap penyanyi itu tidak mengenang budi terhadap kumpulan yang pernah mengangkat namanya dalam industri muzik Korea.