suria

Ben Affleck Dituduh Jalinkan Hubungan Dengan Pengasuh

PELAKON Ben Affleck menafikan khabar angin dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pengasuh anaknya selepas bercerai dengan aktres Jennifer Garner.

Ben turut menyifatkan khabar angin tersebut seperti sampah dan hanya merosakkan hubungan baiknya dengan bekas isteri.

"Berita itu benar-benar sampah dan tidak ada yang betul. Mereka mengambil sumber yang tidak tahu apa-apa dan hanya mahu menghancurkan sebuah keluarga yang sedang berhadapan dengan masalah.

"Majalah tersebut membuat berita palsu dengan tujuan untuk melariskan jualan," ujarnya.

Terdahulu, majalah Us Weekly melaporkan Ben Affleck menjalinkan hubungan ketika wanita yang bernama Christime bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anaknya.

Tambah Ben, khabar tersebut hanyalah palsu dan banyak pihak yang cuba mencari cerita disebalik perpisahannya dengan Jennifer.

Ben Affleck

Artikel Lain