Korea Herald melaporkan syarikat milik Yong Joon iaitu Keyeast Entertainment menyediakan kupon makanan bagi membolehkan mereka menikmati hidangan di restoran hotel berkenaan.
Jumlah kesemua bil yang perlu dibayar oleh pelakon drama bersiri Winter Sonata itu dianggarkan kira-kira RM32,000.
Peminat termasuk dari Jepun berkumpul di perkarangan hotel berkenaan sejak pagi dengan harapan dapat bersalaman dan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin.
Yong Joon berkahwin dengan aktres Park Soo Jin pada majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan teman rapat.