Wanita yang dalam perjalanan ke Los Angeles bagi mengikuti festival muzik KCON 2015 itu bergaya kasual dengan hanya memakai baju-t labuh dan berseluar pendek.
Bagaimanapun, seperti kelihatan di gambar yang diambil oleh jurufoto dan peminat-peminatnya, dia disangka tidak memakai seluar dan sengaja untuk menayang peha dan kakinya.
Dalam foto-foto yang tersebar, ramai netizen yang mengkritik penampilan artis tersebut dan menganggap sebagai tidak sesaui untuknya.
Selain itu, terdapat juga netizen yang mengkritik gaya rambut wanita tersebut yang dikatakan tidak sesuai dengan imejnya.