Pembatalan tersebut selepas dia menilai dan mengetahui latar belakang beberapa pengikut yang sering mengecam gambar-gambarnya di Instagram.
"Saya batalkan niat untuk buat laporan selepas melihat latar belakang individu yang sering mengutuk saya di laman sosial. Saya masih ada sifat belas kasihan terhadap mereka," ujarnya.
Bagaimanapun, Julia berkata, buat masa ini dia masih memberi peluang dan terus memantau tindakan pengikutnya.
Terdahulu, wanita itu dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Polis di Jakarta Selatan pada pagi Jumaat berkaitan beberapa hal di media sosial.
Julia pada asalnya ingin membuat laporan terhadap beberapa komen yang dianggap keterlaluan di laman sosial sehingga menjejaskan maruahnya.