TMZ melaporkan pasangan itu bertemu di kediaman Caitlyn, 65, yang sebelum ini dikenali sebagai Bruce Jenner di Malibu.
Pada pertemuaan itu, mereka dipercayai berbincang mengenai beberapa isu yang masih belum selesai di antara mereka selepas bercerai tahun lalu.
Kris, 59, nekad bertemu dengan bekas suaminya itu selepas mereka tidak lagi bercakap apabila mengetahui Caitlyn ingin menjadi seorang wanita.
Sementara itu, Kris dalam satu temubual memuji keberanian Caitlyn selain memberitahu dia adalah bapa terbaik untuk anak-anaknya.
"Apa yang dilakukan Caitlyn sangat mengagumkan dan berani. Saya rasa dia kelihatan cantik," ujarnya.