Bagaimanapun, berita tersebut telah mendapat kecaman segelintir media di Korea Selatan yang beranggapan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang bodoh selepas mereka membuat keputusan untuk keluar daripada agensi tersebut lebih setahun lalu.
Media negara tersebut turut mengkritik kumpulan itu sebagai pengecut dan tidak memperjuangkan hak yang selama ini ditindas oleh agensi berkenaan.
Namun begitu, segelintir peminat meluahkan perasaan mereka dan menganggap keputusan B.A.P adalah sesuatu yang wajar bagi meneruskan kerjaya nyanyian mereka.
"Apa yang kami baca agensi itu memang tidak bagus, namun ia lebih baik melihat penyanyi ini untuk terus ada dalam industri," ujar peminatnya menerusi laman sosial Instagram..