Video muzik berkenaan yang dilancarkan secara rasmi pada tengah hari Isnin mendapat sambutan luar biasa dengan jumlah tontonan melebihi satu juta dalam masa lebih 12 jam.
I Feel You adalah lagu yang mengimbas semula era 80-an menampilkan muzik yang agak rancak di mana semua ahli-ahli kumpulan bermain muzik buat pertama kali.
Kumpulan ini akan membuat kemunculan mereka menerusi saluran TV Korea Selatan pada Khamis ini. - Koreaboo