Iggy turut menegaskan dia tidak pernah menyangkal sebarang tuduhan khalayak terhadap perubahan penampilannya sejak muncul di dunia hiburan.
"Saya tidak pernah menafikan perkara tersebut kerana ia bukanlah sesuatu yang memalukan. Saya sedia untuk ditemuramah tentang pembedahan plastik yang pernah saya lakukan dan berkongsi dengan orang ramai," ujarnya.
Bagaimanapun, Iggy mengakui dia belum berpuas hati dan masih menganggap dirinya belum sempurna biarpun sudah melakukan beberapa pembedahan.
Dalam pada itu, Iggy turut menasihatkan agar remaja yang ingin melakukan pembedahan plastik perlu berfikir panjang terhadap kesan baik dan buruknya.