ANGGOTA kumpulan Super Junior iaitu Choi Si Won akan membuat para peminat gembira apabila lakonannya sebagai pelumba basikal menerusi filem To The Fore ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula Khamis.
Menerusi kenyataan media yang dikelaurkan RAM Entertainment, Si Won berkata, dia tidak susah melakonkan wataknya sebagai Zheng Zhi Yuan, memandangkan karakter pelumba basikal seakan-akan persamaan dirinya.
"Memang watak saya dalam filem ini ada beberapa persamaan dengan personaliti sebenar saya yang terlalu berusaha untuk mendapatkan kesempurnaan dalam kerjaya dan hidup," katanya.