suria

Park Han Byul Cari Pengurusan Baharu

Park Han Byul.
PELAKON Park Han Byul dilaporkan sedang mencari syarikat pengurusan baharu selepas kontrak bersama Daydream Entertainment tamat baru-baru ini.

Allkpop melaporkan Han Byul enggan memperbaharui kontrak bersama syarikat berkenaan kerana ingin berubah angin dan beberapa agensi berminat untuk menguruskan kariernya.

"Sudah ada beberapa agensi yang mahu bekerjasama dengannya namun dia tidak mahu terburu-buru dan sedang mempertimbangkan pilihan yang ada," kata sumber terdekat pelakon itu.

Dalam pada itu, Daydream dalam satu kenyataan turut mengesahkan perkara itu dan mendoakan kejayaan Han Byul bersama syarikat pengurusan baharunya.

"Kontraknya bersama kami tamat pada 31 Julai lalu dan dia tidak berhasrat untuk menyambungnya. Kami berharap dia akan terus berjaya pada masa hadapan," kata wakil agensi berkenaan.

Park Han Byul.

Artikel Lain