suria

Ryu Shi Won Malu Kontroversi Perceraian Menjadi Tumpuan

Ryu Shi Won sudah bersedia untuk kembali aktif dalam bidang lakonan dan melupakan kontroversi yang pernah melanda rumah tangganya.

PELAKON Ryu Shi Won mengakui berasa malu apabila kontroversi mengenai perceraiannya dengan bekas isteri menjadi perhatian peminat.

Shi Won dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu telah melibatkan ramai pihak dalam hal peribadinya dan kesal ia terpaksa menyusahkan mereka.

"Sudah hampir lima tahun kisah peribadi saya menjadi perhatian. Saya malu kontroversi itu telah melibatkan ramai pihak," katanya seperti dilaporkan Allkpop.

Bagaimanapun kata Shi Won, selepas lima tahun kes itu berlalu dia kini bersedia untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.

"Apa yang berlaku sudah menjadi sejarah dan saya kini mahu memberikan fokus kepada karier lakonan dan berharap dapat diterima kembali oleh peminat," katanya dalam satu kenyataan.

Shi Won dan Ms. Cho berkahwin pada 2010 sebelum wanita berkenaan memfailkan perceraian pada Mac 2012.

Perceraian mereka menjadi tajuk utama selepas bekas isterinya membuat laporan polis mendakwa Shi Won pernah mengugut dan memalukannya.

Pelbagai pertikaian dan tuduh menuduh berlaku di antara pasangan tersebut sebelum kes berkenaan selesai secara baik baru-baru ini.

Ryu Shi Won.

Artikel Lain