KECANTIKAN salah seorang ahli kumpulan 2NE1, Dara telah membuatkan ramai terpesona dengannya. Menurut laporan Allkpop, Dara telah menandatangani sebuah kontrak sebagai duta jenama fesyen popular Filipina iaitu Penshoppe. Pengumuman itu dibuat menerusi akaun SNS milik 2nE1. Dara turut berkongsi beberapa gambar dan video dirinya sebagai duta produk terbabit menerusi laman sosial miliknya. Jenama tersebut bukan sahaja untuk keluaran tempatan, tetapi juga sedang berkembang sebagai hub fesyen antarabangsa. Terdahulu, Penshoppe pernah bekerjasama dengan Kendall Jenner, Cara Delevinge, Sean O'Pry dan Mario Maurer sebagi duta jenama itu.